أهلا وسهلا ومرحبابكم



link

Jumaat, 30 Mei 2008

Tuan Guru Hj Hashim Pasir Tumboh


BERKENALAN DENGAN PENGUASA 1 / MUDIR

Biodata :
Nama : Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir : 1923M
Pendidikan :
Belajar di Darul Ulum ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939
Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942
Belajar di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940
Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun
Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sehingga tahun 1953
-Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.
Perkhidmatan :
1. Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir setelah kematian keduanya sehingga sekarang.
2. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995
3. Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan

Tuan Guru Hj Abdul Aziz Pasir Tumboh



BIODATA TUAN GURU HJ ABDUL AZIZ BIN HJ ABU BAKAR

Tarikh dan tempat lahir : Awal Ogos 1923M di Kampung Terusan Limbat, Kota Bharu

Nama Ayahanda : Hj Abu Bakar bin Hj Abdul Latif bin Abdul Ghani (meninggal sekitar 1966) di mana beliau pernah berguru dengan Tok Seridik, Kuala Nipah sewaktu berada di Mekah

Nama Bonda : Hajah Mariam bt Hj Daud iaitu anak kepada Tuan Guru Hj Daud b Hj Hasan (meninggal lebih kurang tahun 1957) yang merupakan seorang ulama’ di Kampung Machang Limbat yang sempat berguru dengan Hj Said Kg Lama, Besut, Hj Ismail b Hj Mahmud, Kg Atas Banggol, Kota Bharu, Hj Omar Mentuan dan Hj Nik Man Tua, Jalan Che Su, Kota Bharu.

Pendidikan

a. Belajar asas agama dengan ayahandanya sendiri
b. 1930 bersekolah di Sekolah Melayu Kubang Keranji hingga darjah IV
c. Pondok Tok Kenali selama 3 tahun tetapi tidak sempat belajar dengan Tok Kenali sendiri disebabkan beliau telah meninggal dunia ketika itu
d. 1940 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Ali Salahuddin b Awang, Pulau Pisang selama 3 tahun setengah
e. 1943 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Abdullah Tahir, Bunut Payong
f. Beliau turut belajar dengan berulang-alik ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu dengan mengayuh basikal untuk berguru dengan Mufti Hj Muhammad Nor b Hj Ibrahim disamping belajar dengan Dato’ Hj Ahmad Maher dirumahnya di Medan Tuan Padang dan juga Kampung Puteh
g. 1950 menyambung pengajian di Mekah selama 3 tahun 8 bulan


Antara Usaha dan Kata-kata Perangsang Daripada Ayahanda

1. Semasa kecil ayahandanya Hj Abu Bakar telah membawa beliau dan abangnya Tuan Guru Hj Mustafa untuk bertemu dengan Tok Kenali. Ayahandanya meminta agar Tok Kenali meludah ke dalam mulut kedua anaknya itu tetapi Tok Kenali tidak berbuat demikian sebaliknya bertindak meludah ke dalam bekas air lalu diberikan kepada abangnya dahulu tetapi dia enggan. Air itu diberikan kepadanya lalu diminumnya kemudian diikuti oleh abangnya

2. Ayahandanya sentiasa mengintip anaknya ini pada waktu malam sepanjang belajar di pondok di mana anaknya dapat mengetahui tentang kedatangan ayahandanya selepas melihat adanya bekalan seperti beras, kayu api dan makanan lain yang diletakkan di atas tangga pondoknya

3. Semasa berada di Mekah maka ayahandanya sentiasa mengutus surat dan diantara kata perangsangnya ialah sebagaimana berikut :
a. “ Wahai anakku! Ayahanda tidak akan mengaku bahawa engkau alim sehingga engkau dapat mengajar dalam Masjidil Haram”.
- Sebelum pulang ke Malaysia pada tahun 1953, beliau sempat mengajar di Masjidil Haram sebagaimana yang dikehendaki oleh ayahnya

b. “ Ayahanda mahukan anakanda belajar sekejap tetapi dapat menandingi ilmu orang-orang lama walau pun terpaksa menghabiskan wang”
- Beliau menunai permintaan ini dengan belajar lebih masa serta sanggup memberi saguhati kepada 4 orang guru sebanyak RM 25.00 setiap orang sebulan


Membuka pondok

Setelah pulang ke tanahair pada pertengahan tahun 1953 maka beliau bersama abangnya mulai mengajar di atas balaisah kepunyaan ayahandanya.
1954 dengan usaha mereka bersama bapa sepupunya Hj Yazid b Hj Yaakub b Hj Ghani , Penggawa dan orang-orang kampung maka sebuah madrasah untuk tempat berjemaah dan belajar berjaya dibina. Ia dinamakan al-Madrasah ad-Diniah al-Bakriah sempena nama ayahanda tercinta

Lantikan dan Kurniaan

1950-an beliau dilantik menganggotai Jemaah Ulama’ Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sehinggalah beliau meninggal dunia
1978 KDYMM Sultan Yahya Petra telah mengurniakan Pingat Bakti (P.B) kepadanya

Sakit dan Meninggal Dunia

Abangnya Tuan Guru Hj Mustafa telah meninggal dunia pada 19 April 1984
Beliau sendiri terpaksa berhenti daripada mengajar mulai tahun 1985 kerana sakit angin ahmar
Beliau menghembus nafas yang terakhir pada petang Rabu jam 7.10 malam Khamis 17 Jun 1987M bersamaan 20 Syawal 1407H

Tuan Guru Hj Mustafa Pasir Tumboh


Tempat lahir : Kampung Terusan Limbat, Kota Bharu

Nama Ayahanda : Hj Abu Bakar bin Hj Abdul Latif bin Abdul Ghani (meninggal sekitar 1966) di mana beliau pernah berguru dengan Tok Seridik, Kuala Nipah sewaktu berada di Mekah

Nama Bonda : Hajah Mariam bt Hj Daud iaitu anak kepada Tuan Guru Hj Daud b Hj Hasan (meninggal lebih kurang tahun 1957) yang merupakan seorang ulama’ di Kampung Machang Limbat yang sempat berguru dengan Hj Said Kg Lama, Besut, Hj Ismail b Hj Mahmud, Kg Atas Banggol, Kota Bharu, Hj Omar Mentuan dan Hj Nik Man Tua, Jalan Che Su, Kota Bharu.

Pendidikan

a. Belajar asas agama dengan ayahandanya sendiri
b. 1930 bersekolah di Sekolah Melayu Kubang Keranji
c. Pondok Tok Kenali selama 3 tahun tetapi tidak sempat belajar dengan Tok Kenali sendiri disebabkan beliau telah meninggal dunia ketika itu
d. 1940 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Ali Salahuddin b Awang, Pulau Pisang selama 3 tahun setengah
e. 1943 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Abdullah Tahir, Bunut Payong
g. 1950 menyambung pengajian di Mekah selama 3 tahun 8 bulan iaitu sehingga tahun 1953

Antara Guru-gurunya

Tuan Guru Hj Ahmad b Hj Muhammad Yusof ( Tok Bangkok )
Tuan Guru Hj Muhammad Jebing ( Anak saudara Tok Kenali )
Tuan Guru Hj Ismail Perol
Tuan Guru Hj Salahuddin b Awang
Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payong
Tuan Guru Hj Yaakub Kelong
Tuan Guru Hj Syihabuddin al-Mandili
Mufti Hj Mohd Nor b Ibrahim ( Mufti Kelantan )
Syeikh Daud b Sulaiman al-Kelantani
Syeikh Abdul Kadir al-Mandili
Syeikh Sayyid Amin al-Kutubi
Syeikh Yasin al-Fadani
Syed Alawi
Syeikh Ismail Kubang kali (Rantau Panjang)
Membuka pondok

Setelah pulang ke tanahair pada pertengahan tahun 1953 maka beliau bersama adiknya mulai mengajar di atas balaisah kepunyaan ayahandanya.
1954 dengan usaha mereka bersama bapa sepupunya Hj Yazid b Hj Yaakub b Hj Ghani , Penggawa dan orang-orang kampung maka sebuah madrasah untuk tempat berjemaah dan belajar berjaya dibina. Ia dinamakan al-Madrasah ad-Diniah al-Bakriah sempena nama ayahanda tercinta

Khidmat dan Hobi

a. Aktif dalam politik kepartian dan pernah dibacarakan di Terengganu atas tuduhan mengajar tanpa tauliah oleh musuh politiknya di mana kes ini tidak selesai sehingga beliau menghembus nafas yang terakhir

b. Suka mengumpul 40 jenis barangan besi yang berpangkalkan huruf ‘Pa’ seperti paku, Pahat. Dan lain-lain

c. Membuat tasbih sendiri menggunakan kayu-kayu daripada pokok yang tidak mempunyai teras seperti betik, ubi dan sebagainya

Sakit dan Meninggal Dunia

Tuan Guru Hj Mustafa telah meninggal dunia pada 19 April 1984

Antara Murid-muridnya

Tuan guru Hj Abdul Latif b Abdul Rahman(Mudir Pondok Pengkalan Hulu, Keroh, Perak)
Hj Jaafar b Hj Muhammad, Madrasah Merbau Patah, Kuala Terengganu
Tuan guru Hj Muhammad b Hj Ilyas, Pondok Bukit Keledang, Triang, Pahang
Tuan guru Hj Husin b Ibrahim, Pondok Amir, Besut, Terengganu
Tuan guru Hj Abdul Rahman b Awang Kecik, Permatang Jeram, Kubang Pasu, Kedah
Tuan guru Hj Ahmad b Hj Amin, Pondok Sungai Baru, Alor Star, Kedah
Tuan guru Hj Muhamed b Mat Diah ( Pengasas Pondok Beta Hilir, Kelantan)
Tuan guru Hj Ghazali b Hj Abdullah ( Pengasas Pondok Tunjung, Kelantan )
Tuan guru Hj Awang b Yusuf ( Mudir Pondok Gelang Mas, Kelantan)
YB Ustaz Hj Daud b Yusuf (Bekas ADUN Pasir Tumboh dan Timb Pemegang Amanah 2 Pusat Pembangunan Pondok Berhad)
Prof Abdul Hayyi b Abdul Syakur , Pensyarah UM
Ustaz Hj Zawawi b Hj Abdullah ( Mudir Taman Islam, Kemaman, Terengganu)
Ustaz Mokhtar Senik ( Pondok an-Nur, Kuantan, Pahang )
YB Ustaz Taib Azamuddin ( Ahli Parlimen Baling dan bekas imam besar Masjid Negara)
Tuan Guru Hj Abdul Aziz b Hj Hitam, Tanjung Bedil, Alor Star, Kedah
Ustaz Ismail b Taib, Pondok Tembak, Kuala Ketil, Kedah
Pakda Eil, Mudir Pondok Kerasak, Thailand

Isnin, 26 Mei 2008

Gambar Kembara Cameron Highland






1. Singgah Pondok Sungai Durian 2. Burdah di Masjid Gua Musang

3. Masjid Gua Musang 4. Ladang Teh Cameron


Projek Ternakan Kambing & Ikan






Ini sebahagian projek ekonomi melalui ternakan kambing dan ikan di Pondok Beta Hilir, Pondok Seligi dan Pondok Gelang Mas. Semoga ia dapat dijadikan salah suatu sumber ekonomi dalamm memajukan pusat pengajian pondok terbabbit

Lawatan ke Pondok Kemboja 2008






Pegawai Pusat Pembangunan Pondok Berhad telah mengunjungi pondok di Kemboja dalam suatu lawatan rasmi bersama YB Hj Wan Abdul Rahim ahli parlimen Kota Bharu ke sana. Sepanjang lawatan itu juga pelbagai bentuk sumbangan dihulurkan dalam memajukan pendidikan Islam warga Kemboja

Halaqah Ilmu Bersama Ustaz Nuruddin al-Banjari






Tok Guru Haji Abdullah Meninggal Dunia



PASIR MAS, 19 Mac (Hrkh) � Ulama tersohor di Kelantan dan Nusantara, Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman meninggal dunia di rumahnya di Pondok Lubuk Tapah, kira-kira jam 7.20 pagi tadi.
Beliau merupakan antara dua ulama terkenal di negara ini yang mempertahankan institusi pondok tradisional. Seorang lagi Tuan Guru Hashim Abu Bakar, 88 mudir Pondok Pasir Tumbuh, Kota Bharu. Beliau juga kini sedang keuzuran.
Tuan Guru Abdullah terkenal dengan panggilan Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah berusia awal 80-an mewarisi Pondok Lubuk Tapah daripada ayahnya Tuan Guru Abdul Rahman.
Pondok tersebut merupakan yang ketiga terbesar di Kelantan selepas Pondok Sungai Durian dan Pondok Pasir Tumbuh.
Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran pondok tersebut di tepi pusara ayahnya selepas solat Asar petang ini.
Allahyarham sebelum ini dirawat di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu kerana menghidapi mini strok, jantung dan konflikasi buah pinggang.
�Tok Guru dirawat selama sebulan di hospital tersebut

Mesyuarat Agong PPPB kali ke-12






Kenangan Maulidurrasul 1428H









Program Terbaru

Sambutan Jubli Emas Pondok Sungai Durian 1958-2008


Aturcara Sambutan Jubli Emas Pondok Sungai Durian :-

Bermula dengan keberangkatan DYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman PSD pada 4hb April 2008 bersamaan 27 Rabiul Awal 1429H.
Perjumpaan Lepasan Pondok Sungai Durian pada 6hb Jun 2008 bersamaan 2 Jamadil Thani 1429H.
Seminar Mengenai Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Rahman dan Allahyarham Syeikh Muhd Daud Al-Kelantan pada 6hb Jun 2008 bersamaan 2 Jamadil Thani 1429H.
Kepada semua lepasan Pondok Sungai Durian diharap dapat menghubungi talian :-
09-9664161 (Pejabat PSD)013-9207121 (Ust. M. Nazri)Email : mmpsd@yahoo.com
Laman web rasmi : wwww.pondoksgdurian.com

Lawatan ke Pondok Kelantan Sempena TMK08

Sempena Tahun Melawat Kelantan 2008 (TMK08) maka pihak pondok turut menerima kunjungan pelancong samada dari dalam negara atau luar negara yang ingin mendapat maklumat lebih jelas berkenaan sistem pengajian pondok tradisional yang membolehkan Kelantan digelar dengan jolokan Serambi Mekah dari dulu hingga kini. Kedatangan pelancong dijangka meningkat pada musim cuti sekolah penghujung Mei ini.
Antara pondok yang sentiasa menjadi tempat tumpuan para pelancong ialah Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas dan Pondok Sungai Durian, Kuala Krai.
Rombongan yang berminat untuk melawat pondok tersebut bolehlah menghubungi pejabat pondok masing-masing bagi memudahkan urusan persiapan sambutan dan penerangan. Nombor telefon pejabat urusan ialah Pondok Pasir Tumboh di talian 09-7657786, Pondok Lubuk Tapah 09-7905672 dan Pondok Sungai Durian 09-9664161

Pengajian Sempena Cuti IPTA/IPTSdi pondok Kelantan

Pendaftaran masuk mahasiswa universiti tempatan ke beberapa buah pondok di Kelantan terutama Pondok Pasir Tumboh telah pun bermula minggu ini. Kebanyakan mereka mula mendaftar diri minggu ini bagi mengisi waktu cuti yang begitu panjang dengan pengajian ilmu agama secara talaqqi. Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat Pondok Pasir Tumboh di talian 09-7657786

PROGRAM TERBARU


Sambutan Jubli Emas Pondok Sungai Durian 1958-2008


Aturcara Sambutan Jubli Emas Pondok Sungai Durian :-
Bermula dengan keberangkatan DYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman PSD pada 4hb April 2008 bersamaan 27 Rabiul Awal 1429H.
Perjumpaan Lepasan Pondok Sungai Durian pada 6hb Jun 2008 bersamaan 2 Jamadil Thani 1429H.
Seminar Mengenai Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Rahman dan Allahyarham Syeikh Muhd Daud Al-Kelantan pada 6hb Jun 2008 bersamaan 2 Jamadil Thani 1429H.
Kepada semua lepasan Pondok Sungai Durian diharap dapat menghubungi talian :-
09-9664161 (Pejabat PSD)013-9207121 (Ust. M. Nazri)Email : mmpsd@yahoo.com
Laman web rasmi : wwww.pondoksgdurian.com



Lawatan ke Pondok Kelantan Sempena TMK08


Sempena Tahun Melawat Kelantan 2008 (TMK08) maka pihak pondok turut menerima kunjungan pelancong samada dari dalam negara atau luar negara yang ingin mendapat maklumat lebih jelas berkenaan sistem pengajian pondok tradisional yang membolehkan Kelantan digelar dengan jolokan Serambi Mekah dari dulu hingga kini. Kedatangan pelancong dijangka meningkat pada musim cuti sekolah penghujung Mei ini.
Antara pondok yang sentiasa menjadi tempat tumpuan para pelancong ialah Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas dan Pondok Sungai Durian, Kuala Krai.
Rombongan yang berminat untuk melawat pondok tersebut bolehlah menghubungi pejabat pondok masing-masing bagi memudahkan urusan persiapan sambutan dan penerangan. Nombor telefon pejabat urusan ialah Pondok Pasir Tumboh di talian 09-7657786, Pondok Lubuk Tapah 09-7905672 dan Pondok Sungai Durian 09-9664161

Pengajian Sempena Cuti IPTA/IPTSdi pondok Kelantan


Pendaftaran masuk mahasiswa universiti tempatan ke beberapa buah pondok di Kelantan terutama Pondok Pasir Tumboh telah pun bermula minggu ini. Kebanyakan mereka mula mendaftar diri minggu ini bagi mengisi waktu cuti yang begitu panjang dengan pengajian ilmu agama secara talaqqi. Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat Pondok Pasir Tumboh di talian 09-7657786

KUNJUNGAN AL-HABIB UMAR AL-HAFIZ KE KELANTAN

Pendahuluan

Al-Hamdulillah segala puji dan syukur dirafa`kan kepada Allah swt yang telah melimpahkan hidayah dan rahmat ke atas hamba-hambaNya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga, para sahabat dan mereka yang menuruti jalannya sehingga hari kiamat.
Bersempena dengan kunjungan dakwah al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz ke Asia Tenggara pada kali ini, beliau turut menyatakan hasrat yang amat besar dan murni untuk mengadakan kunjungan dakwah ke Negeri Kelantan. Hasrat tersebut lahir memandangkan Negeri Kelantan yang terkenal dengan jolokan Negeri Serambi Mekah yang pesat dengan pondok-pondok dan pusat pengajian Islam. Tambahan pula Negeri Kelantan dipimpin oleh barisan ulamak. Justeru itu pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) dan Halakat Negeri Kelantan mengemukakan Kertas Cadangan Program Meraikan Kunjungan al-Alamah al-Habib Umar kepada Kerajaan Negeri Kelantan bagi meraikan kunjungan beliau secara rasmi. Ini kerana memandang kepada banyak manafaat dan faedah yang menguntungkan Kerajaan Negeri Kelantan khususnya dari segi peningkatan ilmu pengetahuan. Bertepatan sekali dengan hasrat Kerajaan Negeri yang berkeinginan untuk mewujudkan golongan pelapis ulamak, kerana beliau merupakan pengasas kepada sebuah pusat pengajian Islam yang diberi nama Dar al-Mustafa di Yaman, di mana Dar al-Mustafa merupakan sebuah pusat pengajian Islam yang mula diiktiraf oleh Pusat Pengajian Islam Tertua di Dunia Islam iaitu Universiti al-Azhar al-Sharif. Kerajaan Negeri Kelantan boleh mengadakan perbincangan secara rasmi berhubung dengan kemasukan pelajar-pelajar lulusan pondok di Negeri Kelantan dan pelajar-pelajar kelolaan Yayasan Islam Kelantan bagi menyambung pengajian mereka di Dar al-Mustafa.

Latar Belakang al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz

Al-Alamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Abi Bakr bin Idrus bin Umar bin Idrus bin Umar bin Abi Bakr bin Idrus bin al-Husin bin al-Shaikh Abi bakr bin Salim bin Abdullah bin Abd. al-Rahman bin Abdullah bin al-Shikh Abd. al-Rahman al-Saqaf bin Muhammad Maulay al-Duwailah bin Ali bin Alawi bin Muhammad sahib al-saumiah ibn Alawi bin Abdullah bin al-Imam al-Muhajir ila Allah Ahmad bin Isa bin Muhammad al-Naqib bin Ali al-Aridhy bin Jafar al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-Abiddin bin al-Husin al-Sibthi bin Ali bin Abi Thalib dan anak Fatimah al-Zahra’ binti Saidina Muhammad Khatam al-Nabiyin selawat, salam dan keberkatan ke atasnya dan ke atas mereka seluruhnya.
Dilahirkan di Bandar Tarim, Hadramaut Negara Republik Yaman sebelum fajar hari Isnin 4 Muharam 1383H bersamaan 27 Mei 1963M. Mendapat pendidikan awal daripada bapanya yang ketika itu menjawat jawatan mufti di Tarim. Seterusnya menerima ilmu daripada ulamak-ulamak Hadramaut yang ada pada masa itu, antara guru beliau yang utama ialah al-Habib Salim bin Abdullah al-Shathry. Bermula tahun 1402H bersamaan 1982M al-Alamah al-Habib Umar berulang-alik ke al-Haramain al-Sharifain untuk menimba ilmu dan tarbiyah daripada al-Imam al-Arif al-Daiyah al-Habib Abd al-Qadir bin Ahmad al-Saqaf, al-Arif al-Daiyah al-Habib Ahmad bin Taha al-Hadad, al-Arif al-Alamah Abi Bakr al-Athas bin Abdullah al-Habasi dan beliau menerima ijazah al-Asanid daripada al-Musnid al-Shaikh Muhammad Yasin al-Fadany dan al-Alamah Muhadith al-Haramain al-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliky dan ulamak-ulamak lain.
Beliau mula mengajar dan melaksanakan tugasan dakwah Islam ketika berusia 15 tahun disamping meneruskan pengajian secara talaqi. Berdakwah, mengajar dan belajar telah sebati dalam jiwa beliau. Pada tahun 1414H bersamaan 1994M apabila kembali ke tanah tumpah darahnya, beliau telah mengasaskan sebuah pusat pendidikan Islam yang diberi nama “Dar al-Musthafa” di Bandar Tarim Hadramaut. Ini berikutan daripada pelajar-pelajar yang datang dari beberapa Negara Islam untuk menerima didikan daripada beliau. Diperingkat awal penubuhan Dar al-Mustafa diasaskan atas beberapa matlamat seperti berikut:-
Menimba ilmu syariat dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya secara talaqi daripada guru-guru yang berkeahlian dalam bidang tersebut berserta sanad mereka
Membersihkan jiwa serta mendidik akhlak
Mengarusperdanakan ilmu-ilmu yang bermanafaat serta dakwah kepada Allah.
Akhirnya Dar al-Musthafa mampu membangunkan tapak pengajian sendiri yang dinobatkan secara rasmi sebagai sebuah pusat pengajian dan pendidikan Islam pada 29 Zu al-Hijjah bersamaan 6 Mei 1997. Kini Dar al-Mustafa begitu mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar seluruh dunia Islam, ditambah pula graduan-graduannya telah diiktiraf oleh al-Azhar al-Sahrif dan kebanyakan universiti terkemuka dunia Islam.
Al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz telah banyak menbuat lawatan dakwah Islami dan menyampaikan ilmu syarak ke negara-negara Islam lain seperti Syria. Mesir, Sudan, Pakistan, Indonesia, Brunei Darussalam dan Negara kita Malaysia. Pada bulan Muharam 1429H bersamaan Januari 2008M sekali lagi beliau akan membuat lawatan dakwah ke Asia Tenggara. Atas lawatan tersebut rakyat Kelantan yang terkenal dengan orang yang mencintai ilmu-ilmu Islam tidak sepatutnya melepaskan peluang keemasan ini untuk menimba dan menceduk ilmu-ilmu yang bermanafaat daripada lautan ilmuan al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz.

Objektif Program Keraian

1. Mewujudkan hubungan erat antara Pusat-Pusat Pengajian Islam Kelantan dengan Dar al-Mustafa bagi meneruskan metod pengajian secara talaqi dalam rangka melahirkan ulamak muktabar seperti Tok Tuan Tabal, Tok Kenali dan lain-lain.

2. Mewujudkan rangkaian dakwah Islam sejagat dengan terikatnya hubungan silaturahim yang kukuh di antara ulamak-ulamak Kelantan dengan ulamak-ulamak Yaman.

3. Bertukar-tukar pandangan di kalangan ulamak dalam mengarusperdanakan dakwah Islam.
Menimba pengalaman dakwah secara global

4. Mendedahkan kepelbagaian manhaj pengajian Islam untuk menarik minat generasi muda menguasai ilmu-ilmu Islam.

5. Memperjelaskan kepentingan tarbiyah ruhiyah (khususnya kepada generasi muda) yang berkemampuan memperkukuhkan jati diri bagi menghadapi serangan globalisasi.

Agenda Program Keraian

Antara program yang wajar disusun untuk manafaat bersama seperti:-

a. Pembentangan Manhaj Pendidikan Dar al-Mustafa
b. Pembentangan metod dakwah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah
c. Pembentangan Manhaj Tarbiyah al-Ruhiyah
d. Sidang Pleno bersama ulamak-ulamak Kelantan
e. Wasaya dan taujihat kepada pelajar-pelajar diniyah Kelantan
f. Ceramah Perdana Hijrah ar-Rasul
g. Lawatan silaturahim Dato’ Menteri Besar serta Ahli Mesyuarat Negeri Kelantan
h. Pertemuan ahli keluarga dan kerabat al-Habib

Tentatif Program Keraian

Hari Pertama: 3 Safar 1429H / 10 Februari 2008M
10.30 pm : Berangkat dari KLIA
10.45 pm : Ketibaan di Kota Bharu
11.30 pm : Berangkat ke penginapan Hotel Perdana
Hari Ke Dua: 4 Safar 1429H / 11 Februari 2008M
9.00 am : Berangkat ke Pejabat YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan
9.30 am : Kunjung Hormat Kepada YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan
Majlis Ramah Mesra Bersama Dato’ Menteri Besar dan YB Timbalan Menteri Besar serta beberapa orang Exco Negeri
Penyampaian Cenderahati
Jamuan Ringan
10.30 am : Berangkat Ke YIK dan KIAS
11.00 am : Lawatan Ke Pejabat YIK dan KIAS
- Majlis Ramah Mesra dan Perbincangan Manhaj Pengajian
- Makan Tengahari
- Solat Zohor
- Pengurusan Keraian YIK dan KIAS
2.30 pm : Ziarah Makam Tok Kenali
- Pengurusan Keraian Yayasan Pondok Berhad
3.30 pm : Lawatan Ke Pondok Moden Kandis, Bachok.
Majlis Ramah Mesra Warga Pondok Moden
Jamuan Ringan
Solat Asar
Pengurusan Keraian Pondok Moden.
6.00pm : Berangkat Ke Pondok Pasir Tumbuh
Rehat dan Layan Diri
Solat Maghrib
Majlis Zikir & Maulid
Ceramah Memperingati Ulamak Silam (Tok Kenali)
Makan Malam
Pengurusan Keraian Yayasan Pondok Berhad
pm : Berangkat Ke Penginapan
Rehat
Supper
Hari Ke Dua : 5 Safar 1429H / 12 Febuari 2008
9.30 am : Bicara Ilmu (Balai Islam Lundang)
Sesi Penyampaian Ceramah :
Tajuk : “al-Tariqah al-Sufiyah Sebagai Dakwah Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah Berhadapan Arus Globalisasi”.
10.30 am : Minum Ringan
11.00 am : Sesi Dailog dan Soal Jawab
12.30 pm : Makan Tengahari
Solat Zohor
- Pengurusan Keraian JAHEIK
2.30 pm : Majlis Tausiyat dan Taujihat Kepada Pelajar
Sesi Penyampaian Ceramah
Tajuk : “Madrasah Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Pembinaan Spritual, fikrah dan Fizikal Pelajar Muslim”.
Sesi Soal Jawab
Jamuan Ringan
Pengurusan Keraian YIK
4.00 pm : Berangkat Ke Rumah Saadah Ba Alawi Kelantan
4.30 pm : Majlis Bersama Saadah Ba Alawi Kelantan
- Solat Asar
- Ijazah al-Asanid
- Jamuan Ringan
- Rehat dan Layan Diri
- Solat Maghrib, Qasidah dan Zikir
- Solat Isya’
- Pengurusan Keraian Saadah Ba Alawi Kelantan
9.00 pm : Ceramah Perdana (Padang Perdana Kota Bharu)
Tajuk : Hijrah al-Rasul
- Makan Malam
- Pengurusan Keraian Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)
11.30 - Rehat
Hari Ke Tiga : 6 Safar 1429H / 13 Februari 2008M
8.00 am : Berangkat ke Terengganu
Sarapan
Rombongan Pengiring ke Terengganu
- Pengurusan Keraian JAHEIK

XPDC Mahabbah & Dakwah ke Cameron Highland

Lawatan Mahabbah Dan Dakwah

1.0 Muqaddimah

Dewasa kini kita menyaksikan perkembangan kemajuan pembangunan dan kepesatan teknologi manusia dianggap satu pencapaian yang mengkagumkan.

Namun disebalik keghairahan insan dalam menyelonsori kecanggihan dan kemodenan dunia hari ini terkadang manusia terabai satu aspek penting dalam kehidupan iaitu kesejahteraan rohani dan kebersihan jiwa sehingga dalam banyak keadaan manusia hilang sifat kemanusiaannya.

Jesteru itu, suatu usaha yang serius mesti dilakukan agar soal jiwa dan perasaan manusia tidak terkorban.


2.0 Objektif

2.1 Menjalinkan hubungan silaturahim antara keluarga pondok dengan masyarakat luar.
2.2 Menyampaikan dakwah, penerangan dan maklumat bersabit dengan
sistem pondok.
2.3 Mengadakan aktiviti Dakwah dan kemasyarakatan bersama Jabatan Dakwah Dan Halaqat ( Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan ).
2.4 Mendedahkan pelajar-pelajar kepada masyarakat luar / umum.

3.0 Lokasi Lawatan

3.1 Pondok Sungai Durian
3.2 Hulu Gua Musang
3.3 Cameron Highland

4.0 Anjuran bersama

4.1 Pondok Pasir Tumboh
4.2 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)
4.3 Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highland


5.0 Tarikh

16 - 18 SYA’BAN 1428 H Bersamaan 29 - 31 OGOS 2007 M
( Rabu – Jumaat )




6.0 Peserta

6.1 Pelajar 32 orang
6.2 Tenaga Pengajar 8 orang

Jumlah Peserta : 40 orang
Kenderaan : 8 Buah kereta



9.0 Tajuk Kuliah Ilmiah

1) Ilmu Asas Kecemerlangan Hidup
2) Penyucian Hati 1
3) Menghayati Kemerdekaan Dalam Islam
4) Penyucian Hati 2
5) Kemantapan Aqidah Benteng Keimanan







10.0 Tentatif Program

Rabu ( 29/08/2007 )
Masa
Program
9.00 Pagi
Ø Motivasi Daripada YB Pasir Tumboh
Ø Taklimat Pengarah Program

10.00 Pagi
Ø Amanat Dan Pelepasan Oleh Tuan Guru Hj. Hashim
( Mudir Pondok Pasir Tumboh)

11.30 Pagi

Ø Tiba di Pondok Sg. Durian
Ø Taklimat Pengenalan Pondok & Makan Tengah Hari

12.45 Tgh Hari
Ø Khidmat Diri / Solat Jamak Zohor & Asar

2.15 Petang
Ø Bertolak ke Gua Musang

6.00 Petang

Ø Tiba di Kg. Hulu Gua Musang
Ø Jamuan Petang / Persiapan solat maghrib

7.30 Malam
Ø Kuliah 1 : UST. AHMAD SHAIRAZI B. HAJI ATIQULLAH
Tajuk : Menghayati Kemerdekaan Dalam Islam

9.00 Malam

Ø Solat Isyak / Bacaan Selawat & Qasidah
Ø Majlis Ramah Mesra Dengan Jemaah

9.45 Malam

Ø Makan Malam
Ø Rehat /Tidur


Khamis ( 30/08/2007 )
Masa
Program
4.30 Pagi

Ø Qiamullail

5.45 Pagi
Ø Solat Subuh
Ø Kuliah 2 : UST. ABDULLAH B. MUHAMMAD NOOR
Tajuk : Penyucian Hati 1

7.00 Pagi

Ø Majlis Perpisahan / Sarapan
8.00 Pagi
Ø Bertolak ke Cameron Highland

11.00 Pagi
Ø Tiba ke Tempat Penginapan

12.00 Tgh Hari

Ø Rehat / Jamuan Ringan.
Ø Taklimat Program

1.00 Petang

Ø Solat Jamak Zohor & Asar
Ø Gunung Brincang
i. Menara Pandang
ii. Jungle Tracking

6.30 Petang

Ø Khidmat Diri
7.30 Malam
Ø Solat Maghrib di Masjid Cameron
Ø Bacaan Yasin dan Tahlil
Ø Kuliah 3 :UST. HAJI ABDUL HALIM B. HAJI ABDUL GHANI
Tajuk : Ilmu Asas Kecemerlangan Hidup

9.00 Malam
Ø Solat Isyak
Ø Makan Malam

9.45 Malam
Ø Persembahan Pelajar bersama ahli jemaah masjid


Jumaat ( 31/08/2007 )
Masa
Program
4.30 Pagi

Ø Qiamullail

5.45 Pagi
Ø Solat Subuh
Ø Kuliah 4 : UST. HAJI ABDURAHIM B. HAJI. HAMZAH
Tajuk : Penyucian Hati 2

7.30 Pagi

Ø Sarapan Pagi
8.00 Pagi
Ø Lawatan Sungai Palas
Ø Ladang teh, Kilang teh

12.30 Tgh Hari
Ø Kuliah 5 : UST. HAJI MUHAMAD ZAINI B. MUSTAFA
Tajuk : Kemantapan Aqidah Benteng Keimanan

1.30 Petang

Ø Solat Jumaat

2.15 Petang
Ø Makan Tengah Hari

2.45 Petang
Ø Majlis Penutup
Ø Penyampaian Cenderahati

4.00 Petang
Ø Bertolak Balik